Thursday, June 11, 2009

TERKINI IMAN NAJIHA

Cuba teka siapa saya...?
Najiha la...kini dah meniarap.


Dia buat lawak lagiiiii ....dia tak suka kakak yang ambil gambar hehehehe...lawak jer

ROJAK KATEH VS LOMPAT TIKAM

Salah satu sebab kenapa saya selalu rindu kg, ialah sebab nak makan, kat KL ni susah nak cari makanan Trg pure (ataupun mmg tak de?), jadi bila balik kg diet saya mesti lari punya, setiap hari mesti ada je agenda makan. Antara makanan yg 'mesti makan' ialah rojak kateh dan lompat tikam (selain nasi dagang, kerepok lekor (melingkar) juga dikenali di trg sbg keropok getel (gentel) dan keropok gondel (kerana bentuknya kot..), nasi minyak, laksa trg)

Kali ni saya nak perkenalkan sejenis makanan trg yg kerajaan Trg pun lupa nak promosi, iaitu rojak kateh...perkataan kateh ni merujuk pd kaki lembu yg telah diproses menjadi rojak (sound exotic?)..rasanya masam2 pedas..mmm sedap ooo, anak sulung saya pun dah suka dgn makanan ni, untuk dia sorang mesti 2 bungkus baru puas..


ROJAK KATEH YG BERNILAI RM 1.20 (boleh didapati di mana2 gerai yg menjual kuih muih, terutamanya di Pasar Kedai Payang, KT)

Makanan kedua pulak lompat tikam, kuih ni mempunyai sejarah tersendiri dlm hidup saya, masa sekolah2 dulu, mak saya bisnes kuih lompat tikam dan cendol..masa tu boring betul..sbb hari2 nak kena tolong bungkus kuih2 (masa cuti sekolah la), padahal dgn duit ( 10 sen sekeping) jual lompat tikam tulah mak menyara saya sampai jadi cikgu....Kalau dulu muak kena makan lompat tikam hari2, sekarang kuih inilah membuatkan saya nak balik kg selalu...sebab kat KL ni cuma ada lompat tikam kelantan...tak sama...

KUIH LOMPAT TIKAM (TAK TAULAH KAT MANA YG DILOMPATKAN DAN DITIKAMKAN...) BERNILAI RM 1.20, siapa nak, boleh oder...kat kedai... :)