Tuesday, May 18, 2010

HARI GURU DI MATAKU

Pada 16 Mei setiap tahun, hari guru disambut oleh semua guru dengan gembira, kerana pada hari inilah guru terasa diri dihargai. Kemudian timbullah macam2 pepatah yang direka, selain dari guru umpama lilin, timbul pula guru umpama TV3, umpama TV9, 8TV, NTV7, semua tu nak tunjukkan betapa hebatnya insan bergelar guru, lepas tu timbul pula perasaan tak puas hati sebab kerjaya guru dulu dan sekarang berbeza, pada zaman2 dulu guru sangat disanjung, faktor semasa dan kemajuan sosial mengubah persepsi masyarakat terhadap guru.

Pada pendapat saya, pengiktirafan, penghargaan ataupun sanjungan terhadap guru akan lahir jika insan yg memegang profesion perguruan itu dapat memelihara akhlaknya..mungkin sebab tulah lahirnya pepatah 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari' , nak mengingatkan warga guru supaya memberi teladan yg baik kepada muridnya. (harap2 saya bukanlah guru yg kencing tu...). masalahnya sekarang, ada saja berita tentang keburukan guru dilaporkan, berkhalwatlah, mengedar dadahlah dan jadi manusia dua alam pun ada...masyaAllah...

Di zaman materialistik sekarang ni pula, kerjaya guru dianggap kerjaya tiada kelas, kerana gajinya tak selumayan doktor, lawyer atau jurutera, dan yg sewaktu dengannya, saya pernah di tanya murid dengan pandangan sinis, "cikgu, gaji awak berapa? Rm600 ratus ye?"..maka disebabkan gaji cikgu ciput je, muridpun pandang sebelah mata aje..tapi saya tau, tak semua murid saya begitu, walaupun gaji cikgu tidak selumayan ibubapa mereka, tapi mereka masih menghormati saya sebagai gurunya...dan saya tidak pernah membataskan usaha dan dedikasi saya untuk memberi yg terbaik untuk murid-murid saya...kalau boleh saya nak jadi cikgu Astro..macam-macam ada...

Dan sempena hari guru 2010 ni saya ingin mengucapkan terima kasih kepada murid2 yg bersusah payah membingkiskan hadiah dan ucapan untuk saya..besarnya hati menerima ingatan dari murid-muridku...semoga Allah memberkati semua yang pernah menjadi murid saya..Aamiiin..



Bingkisan dari murid-murid saya, sengaja saya ambik gambar semoga ianya akan kekal berada dalam memori saya, tapi bagi yang bagi makanan tu, tak sempat saya ambik gambar...awal2 lagi dah licin, sebab masa sambutan hari guru tu, cikgu2 kelaparan kerana tak sempat makan pagi...thanks Aisyah, for the biscuit...