Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum,

Lama juga saya menyepikan diri di blog sendiri ni, saya pun tak tau kenapa semenjak mengandung anak keempat ni tiba2 saya jadi muak nak melayari internet, sekarang kandungan dahpun mencecah 7 bulan. Dalam berita dan surat khabar sibuk menyiarkan ttg blog yg menghina Islam, maka barulah saya teringatkan blog yg dah lama saya tinggalkan ini. Jadi sempena tahun baru Hijrah ini saya ingin memuhasabah diri dan menanam azam untuk menjadi muslimat yang lebih baik dan dapat mendidik anak2 menjadi insan yang soleh dan solehah.
Dikesempatan ini saya serta gambar2 keluarga saya.

Kek hari jadi Iman Fatini pd 16 April 2008



Suasana hari jadi Fatini (gambar 'cedera' sikit laa)

Suasana Hari Raya di kg Bendang Pak Yong, bersama ipar duai dan anak2 sedara.

Tuesday, September 2, 2008

LAWATAN KE TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU

Masjid Kristal








Replika-replika Masjid di seluruh dunia yang terdapat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu yang telah dilawati pada Jun 2008

Balik Kampung 16 Ogos 2008

Taman Permainan di Pantai Batu Buruk
Iman Nabihah dan Iman Fatini bersama nenek Hindun di Pantai Batu Buruk
Bermain layang-layang

Lawatan ke Kuala Kangsar 01 Jun 2008


Wednesday, May 21, 2008

FASA-FASA TERINDAH


Sepanjang 36 tahun hidup di muka bumi ni, banyak fasa kehidupan yang ditempuhi, segalanya ditunggu dengan penuh debaran, antaranya bila mula2 nak masuk darjah 1, masuk tingkatan 1 di sekolah berasrama, tunggu result SPM (pengalaman plg ngeri), dapat offer ke UPM Bintulu, Sarawak, nak sambung degree di UPM Serdang, mula2 ada pakwe, nak bertunang, nak kahwin, nak bersalin...semua tu cukup menggoncang jiwa....

Balik hujung minggu ni saya akan selongkar album zaman muda2 dulu dan akan saya paparkannya di sini untuk tatapan teman2 yg berada di samping saya di sepanjang fasa2 terindah saya. So...........check it out...! stay tune....we'll be right back...!

sorry, ambik masa lama pulak untuk dimasukkan gambarnya, so here they are.....

FASA TERINDAH DI SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN






SMSD 85 bersama Norhasimah












SMSD 85 GAK..





RUMAH SUKAN MEGAT KEMBAR ALI















PPM DI PERLIS












AJK PBSM















PENGAWAS PERPUSTAKAAN

















PASUKAN BOLA JARING














LASTDAY DI BUMI SMSD (LAST DAY SPM 89 (Dr kiri Norhasliza, Asliza, Halimah, Hani Zura )




















BUDAK-BUDAK FORM 1 1985

(dekat Aspuri masa main petang)









PASUKAN BOLA BALING
















DI KELAS 5 DALTON DG NORHASLIZA



















TINGKATAN 4 AL-BATANI















TINGKATAN 3 Al-AHZAN











SUASANA CAMPING ZAMAN DULU (1986) - tiada apa2 kemudahan asas...bukan macam budak sekarang...




PASUKAN BOLA KERANJANG - GAME YG PALING BEST...bersama Cikgu Riduan yg sangat bersabar dengan kerenah kitorang yg ala-ala samseng kg Dusun



ajk kelab sains rumah tangga



MUKA2 BUDAK TINGKATAN 1 PADA TAHUN `1985 - saya belum pandai ' wat ayu'...sampai sekarangpun muka toya tak habis, (dr kiri Noryati, Zalehasemah, Halimah, Wan Zamaria, Norhasimah, Duduk: Ruhaiza, Ida Kartini, Sharina Sherin.
FASA TERINDAH DI UPM KAMPUS BINTULU

Setahu saya bidang pertanian bukanlah pilihan utama rakan2 sekursus, tapi terpaksa ambil juga sebab dah ditawarkan, tapi berbeza dengan saya, bidang pertanian ini adalah pilihan utama saya. Sedara mara kebanyakannya mencebik kerana kata mereka bidang ni tak de pekerjaan...Tapi setelah grad ijazah saya telah membuktikan bahawa saya mampu dapat pekerjaan seminggu selepas saya hantar tesis. Saya telah bekerja di sebuah syarikat pembekal keperluan padang golf iaitu Turf Chemical Sdn Bhd. Setelah setahun setengah bekerja akhirnya saya terpaksa berhenti demi memenuhi cita2 bakal suami yang mengimpikan beristerikan seorang guru. So jadilah saya seorang guru sekarang ni...Walaupun jadi guru ni tersangaaatlah saya tak minat, sebab bg saya guru ni hanyalah last choice...tapi saya tetap komited dengan tugas saya dan dah pun mencintainya sekarang, sehinggalah setelah 7 tahun berhidmat sebagai guru saya telahpun dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Berbalik pada bidang pertanian ni, minat saya untuk belajar di UPM bercambah sejak saya di tingkatan satu lagi, apabila sekolah adakan lawatan ke UPM, saya sungguh teruja dgn persekitaran UPM yg dipenuhi dengan pokok2 yang boleh dimakan (hmm... kuat makan punya orang) sepanjang jalan di UPM tu ada pokok mangga, asam jawa, rambutan , durian dan macam2 lagi...sejak itu saya dah dapat rasakan di sinilah tempat yang ingin saya belajar. Alhamdulillah cita2 saya tercapai dan dapat merasa belajar di 2 kampus pulak tu, di Bintulu dan Serdang.

Tapi saya rasa sangat kecewa apabila lebih kurang pd tahun 1997, UPM telah ditukar namanya ke U Putra Malaysia, bagi saya bukan saja sedra mara saya yang malu dengan perkataan PERTANIAN ni, malah kerajaan pun menganggap perkataan PERTANIAN itu satu kemunduran..Saya sedih betul dengan penukaran nama ni...dengarnya bidang2 pertanian di UPM pun dah dikurangkan, sepatutnya penyelidikan ttg pertanian UPM yg terajui, tapi sekarang ni saya nampak U lain yg lebih menguasai...beginilah orang melayu agaknya ...berlagak tak bertempat, pertanian dianggap low class, bahasa Melayu dianggap penghalang kemajuan..., sudahnya pucuk pakupun terpaksa import dari Siam....


Panorama asrama UPM Kampus Bintulu



Group ladang masa final year, ahli groupnya majoriti org2 bandar dan anak manja...timun biasanya pahit kat hujungnya aje ..tapi timun kami pahit keseluruhannya...tak ke unik tu...Mana taknya tau tanam aje, nak gi siram maleh. Group lain semua maraih keuntungan tapi group kami rugi...sebab pengurusan lemah..




Tahun satu, sorang kena tanam 2 batas sawi, tu...hasil dari batas saya la..syok...dapat makan megi dengan sawi tanam sendiri... (dari kiri: Fatimah, Rafidah, Halimah, Norida, Zaiti, Azura, Mazura dan Aini Yusma) Majoriti semua dah jadi cikgu, kecuali ita yg dah jadi Dr Norida...





Satu lagi projek Group ladang final year, subuh2 lagi dah kena gi reban untuk bagi ayam makan, lastly kitorang buat BBQ, sepuluh ekor ayam terkorban untuk 10 org ahli...kenduri sakan..yg bestnya mulai hari nilah saya makan ayam semula setelah tak lalu makan ayam semenjak masuk asrama di tingkatan 1. Sebabnya teruja sangat dengan hasil ternakan sendiri yg pastinya fresh..





Gang2 satu hostel

Beraya di sarawak..mak ai..banyak nye juadah, sampai 3 meja...1 meja untuk kek sahaja, 1 meja untuk biskut dan 1 lg untuk makanan basah cam rendang dan ktupat....meriah sungguh...hari pertama raya, makan sakan, masuk kedua, makan KFC aje, masuk hari ke 3, menangis sebab tak de kedai yg buka, nak makan nasi....., tak kan nak gi beraya lagi rumah org yang sama, lastly ada pekerja UPM yg kesian kat kitorang, tolong jualkan nasi kat kitorang, walaupun hanya berlaukkan telur goreng..kira ok la tu..


Kenangan bersama (dari kiri) Zaiti Zainol, Hajar Selamat, Aini Yusma Yusof, Masniza mansor dan Halimah Mohamed

Wednesday, May 14, 2008

Selamat Hari Guru

Secebis kisah seorang guru...

Saya ialah guru di sebuah sekolah di Kajang, menjadi guru tingkatan kepada pelajar tingkatan 1 yang pelajarnya mencecah 52 orang. Bayangkan betapa kalutnya saya nak handle budak2 separuh masak ni...saya mengajar subjek Sains. Bila masuk makmal aje mereka akan bertempiaran berlari, berkejaran, 'bermainan'...dan akhirnya 'bergaduhan'...kita duk sibuk nak on komputer, mereka berseronok buat bising mengalahkan suasana tongkah pecah.

Itu baru cerita bab pelajar...suasana sekolah pulak, tengoklah gambar tu, bangunannya bertingkat2, saya kira bernasib baik sebab banyak kelas di adakan di makmal, tapi setiap hari ada juga at least satu masa nak kena pergi ke kelas, jarak makmal dengan kelas2 tu selang dua blok, setiap hari saya akan tercungap2, terkejar2 untuk ke kelas yg berada di bangunan 6 tingkat. Teringat kata seorang kawan berbunyi lebih kurang begini "kita jadi cikgu ni, penatnya macam orang balik menebas". Memang betul kata2 sahabat tu, dah lah terkejar2 ke kelas (kalau terlambat kang ada pulak yg mati kena bunuh ke, pecah kepala ke, jatuh bangunan ke....dan macam2 kemungkinan lagilah..) sampai kat kelas pulak nak kena control + - 50 orang, kalau kelas yg reti sikit tu alhamdulillah ...tapi kalau kena kelas yg tak mahu belajar tu, terpaksalah saya mengajar secara syok sendiri..yelah...saya sibuk mengajar, tapi pelajar nak tengok muka kitapun tak mau.
Bab kerja pulak, kalau tak bawa balik ke rumah tak bertandalah buku, tak siaplah kerja2 perkeranian, tak siaplah soalan exam...Dulu masa mula2 jadi guru saya pernah berazam tak akan bawa balik kerja ke rumah. Tapi nampaknya tak jadi, kalau tak bawa balik alamat jadi cikgu makan gaji butalah saya...yelah...semua kerja tak siap!
Begitulah nasib seorang guru, nasib baik jadi guru ni ada banyak cuti panjang, itu sajalah bonus bagi yang jadi guru, masa nilah baru terasa betapa nikmatnya jadi guru. Satu lagi, bila dengar anak didik kita berjaya....hmm terasa berbaloi segala usaha dan keringat yg dicurahkan. Terasa bangganya menjadi pendidik. So, walau apapun dugaan dan cabaran, saya tetap mencintai kerja saya sebagai guru, walaupun di herdik anak murid sendiri, usaha tidak dihargai, saya tetap mendoakan kesejahteraan mereka...kerana akulah guru....

Akulah guru
mengajar mendidik tanpa jemu
akulah guru
setiap hari mengejar waktu
mengisi ilmu
di dada yang bertamu
akulah guru
terkadang marah, lelah, kecewa dan sendu
melihat dirimu tak mampu dipandu
akulah guru
tersenyum bahagia
berbunga jiwa
mendengar berita
kejayaan kau genggam jua...

KUIZ MINGGUAN: "Berikan nama sekolah di mana saya berkhidmat sekarang" he he..
JAWAPAN: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, Kajang, Selangor