Sepanjang 36 tahun hidup di muka bumi ni, banyak fasa kehidupan yang ditempuhi, segalanya ditunggu dengan penuh debaran, antaranya bila mula2 nak masuk darjah 1, masuk tingkatan 1 di sekolah berasrama, tunggu result SPM (pengalaman plg ngeri), dapat offer ke UPM Bintulu, Sarawak, nak sambung degree di UPM Serdang, mula2 ada pakwe, nak bertunang, nak kahwin, nak bersalin...semua tu cukup menggoncang jiwa....
Balik hujung minggu ni saya akan selongkar album zaman muda2 dulu dan akan saya paparkannya di sini untuk tatapan teman2 yg berada di samping saya di sepanjang fasa2 terindah saya. So...........check it out...! stay tune....we'll be right back...!
sorry, ambik masa lama pulak untuk dimasukkan gambarnya, so here they are.....
FASA TERINDAH DI SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN
SMSD 85 bersama Norhasimah
Balik hujung minggu ni saya akan selongkar album zaman muda2 dulu dan akan saya paparkannya di sini untuk tatapan teman2 yg berada di samping saya di sepanjang fasa2 terindah saya. So...........check it out...! stay tune....we'll be right back...!
sorry, ambik masa lama pulak untuk dimasukkan gambarnya, so here they are.....
FASA TERINDAH DI SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN
SMSD 85 bersama Norhasimah
SMSD 85 GAK..
(dekat Aspuri masa main petang)
SUASANA CAMPING ZAMAN DULU (1986) - tiada apa2 kemudahan asas...bukan macam budak sekarang...
PASUKAN BOLA KERANJANG - GAME YG PALING BEST...bersama Cikgu Riduan yg sangat bersabar dengan kerenah kitorang yg ala-ala samseng kg Dusun
MUKA2 BUDAK TINGKATAN 1 PADA TAHUN `1985 - saya belum pandai ' wat ayu'...sampai sekarangpun muka toya tak habis, (dr kiri Noryati, Zalehasemah, Halimah, Wan Zamaria, Norhasimah, Duduk: Ruhaiza, Ida Kartini, Sharina Sherin.
FASA TERINDAH DI UPM KAMPUS BINTULU
Setahu saya bidang pertanian bukanlah pilihan utama rakan2 sekursus, tapi terpaksa ambil juga sebab dah ditawarkan, tapi berbeza dengan saya, bidang pertanian ini adalah pilihan utama saya. Sedara mara kebanyakannya mencebik kerana kata mereka bidang ni tak de pekerjaan...Tapi setelah grad ijazah saya telah membuktikan bahawa saya mampu dapat pekerjaan seminggu selepas saya hantar tesis. Saya telah bekerja di sebuah syarikat pembekal keperluan padang golf iaitu Turf Chemical Sdn Bhd. Setelah setahun setengah bekerja akhirnya saya terpaksa berhenti demi memenuhi cita2 bakal suami yang mengimpikan beristerikan seorang guru. So jadilah saya seorang guru sekarang ni...Walaupun jadi guru ni tersangaaatlah saya tak minat, sebab bg saya guru ni hanyalah last choice...tapi saya tetap komited dengan tugas saya dan dah pun mencintainya sekarang, sehinggalah setelah 7 tahun berhidmat sebagai guru saya telahpun dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Berbalik pada bidang pertanian ni, minat saya untuk belajar di UPM bercambah sejak saya di tingkatan satu lagi, apabila sekolah adakan lawatan ke UPM, saya sungguh teruja dgn persekitaran UPM yg dipenuhi dengan pokok2 yang boleh dimakan (hmm... kuat makan punya orang) sepanjang jalan di UPM tu ada pokok mangga, asam jawa, rambutan , durian dan macam2 lagi...sejak itu saya dah dapat rasakan di sinilah tempat yang ingin saya belajar. Alhamdulillah cita2 saya tercapai dan dapat merasa belajar di 2 kampus pulak tu, di Bintulu dan Serdang.
Tapi saya rasa sangat kecewa apabila lebih kurang pd tahun 1997, UPM telah ditukar namanya ke U Putra Malaysia, bagi saya bukan saja sedra mara saya yang malu dengan perkataan PERTANIAN ni, malah kerajaan pun menganggap perkataan PERTANIAN itu satu kemunduran..Saya sedih betul dengan penukaran nama ni...dengarnya bidang2 pertanian di UPM pun dah dikurangkan, sepatutnya penyelidikan ttg pertanian UPM yg terajui, tapi sekarang ni saya nampak U lain yg lebih menguasai...beginilah orang melayu agaknya ...berlagak tak bertempat, pertanian dianggap low class, bahasa Melayu dianggap penghalang kemajuan..., sudahnya pucuk pakupun terpaksa import dari Siam....
Panorama asrama UPM Kampus Bintulu
Group ladang masa final year, ahli groupnya majoriti org2 bandar dan anak manja...timun biasanya pahit kat hujungnya aje ..tapi timun kami pahit keseluruhannya...tak ke unik tu...Mana taknya tau tanam aje, nak gi siram maleh. Group lain semua maraih keuntungan tapi group kami rugi...sebab pengurusan lemah..
Tahun satu, sorang kena tanam 2 batas sawi, tu...hasil dari batas saya la..syok...dapat makan megi dengan sawi tanam sendiri... (dari kiri: Fatimah, Rafidah, Halimah, Norida, Zaiti, Azura, Mazura dan Aini Yusma) Majoriti semua dah jadi cikgu, kecuali ita yg dah jadi Dr Norida...
Satu lagi projek Group ladang final year, subuh2 lagi dah kena gi reban untuk bagi ayam makan, lastly kitorang buat BBQ, sepuluh ekor ayam terkorban untuk 10 org ahli...kenduri sakan..yg bestnya mulai hari nilah saya makan ayam semula setelah tak lalu makan ayam semenjak masuk asrama di tingkatan 1. Sebabnya teruja sangat dengan hasil ternakan sendiri yg pastinya fresh..
Gang2 satu hostel
Beraya di sarawak..mak ai..banyak nye juadah, sampai 3 meja...1 meja untuk kek sahaja, 1 meja untuk biskut dan 1 lg untuk makanan basah cam rendang dan ktupat....meriah sungguh...hari pertama raya, makan sakan, masuk kedua, makan KFC aje, masuk hari ke 3, menangis sebab tak de kedai yg buka, nak makan nasi....., tak kan nak gi beraya lagi rumah org yang sama, lastly ada pekerja UPM yg kesian kat kitorang, tolong jualkan nasi kat kitorang, walaupun hanya berlaukkan telur goreng..kira ok la tu..
Kenangan bersama (dari kiri) Zaiti Zainol, Hajar Selamat, Aini Yusma Yusof, Masniza mansor dan Halimah Mohamed