8 tahun setengah saya mencurahkan bakti di bumi Yu Hua, dari tersergamnya bangunan kelas yg dikenali sbg kelas 'kandang kambing' hinggalah diganti dengan bangunan indah setinggi 5 tingkat, seterusnya terbina pulak bangunan 6 tingkat yg sungguh 'menggerunkan' kerana tiada lif dan tiada jejantas yg menghubungkan dengan bangunan lain (kecuali ke dewan yg tidak membawa apa2 makna pada guru ptg), kemudian sekolah dinobatkan sebagai sekolah cemerlang kokurikulum peringkat kebangsaan...semua tu saya saksikan dengan penuh bangga dan mengharunginya dgn penuh dedikasi. Akhirnya pada tahun 2010 saya terpaksa ucapkan selamat tinggal pada semua warga yu hua dan 'jam' di bandar kajang, demi mencari pengalaman dan merasa angin baru, saya gagahi kaki ini untuk menuju ke sekolah baru. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga saya pada Puan Lim Mui Tin yg telah mendidik saya untuk menjadi seorang guru yg lebih bertanggungjawab, banyak yg saya belajar dr cara beliau mentadbir sesi petang...terima kasih Pn Lim!!!!. Tak pernah dilupakan juga teman2 suka duka sepanjang di Yu Hu, you are the best friends that I ever have! sob! sob! sedih sebenornya nak tinggalkan Yu hua...
(Kelas terakhir di Yu hua..tiada dlm gambar sbb masa ni sedang CB)SMJK YU HU DALAM KENANGAN (berakhirlah episod di Yu Hua)
Alhamdulillah permohonan saya untuk bertukar ke SMK Kajang Utama diterima, gembiranya tak terkata, sambil tu suspen la juga, maklumla nak membina persahabatan baru dan nak menghadapi suasana multi racial ala2 1Malaysia gitu...tapi bila berjumpa guru2 seperjuangan, ada antara mereka yg telah saya kenali sebelum ni, pentadbir pun 'mesra alam', so..first expression okaylah, sentiasa ingat jangan harapkan org untuk gembirakan kita, sebaliknya kita sendiri yg membina kegembiraan itu...insyaAllah saya suka dengan sekolah baru ni, cuma masalah sikit, sekolah ni masih menggunakan papan hijau, beriya saya simpan stok marker pen banyak2..but that's small matter.. yang penting perjalanan dari rumah ke sekolah cuma 2 minit saja (comform takde jam punye)....huh! nikmat dunia tu.....SMK Kajang Utama, saya berjanji akan berbakti dengan penuh dedikasi dan I'll give the best of me.....