Tuesday, May 18, 2010

HARI GURU DI MATAKU

Pada 16 Mei setiap tahun, hari guru disambut oleh semua guru dengan gembira, kerana pada hari inilah guru terasa diri dihargai. Kemudian timbullah macam2 pepatah yang direka, selain dari guru umpama lilin, timbul pula guru umpama TV3, umpama TV9, 8TV, NTV7, semua tu nak tunjukkan betapa hebatnya insan bergelar guru, lepas tu timbul pula perasaan tak puas hati sebab kerjaya guru dulu dan sekarang berbeza, pada zaman2 dulu guru sangat disanjung, faktor semasa dan kemajuan sosial mengubah persepsi masyarakat terhadap guru.

Pada pendapat saya, pengiktirafan, penghargaan ataupun sanjungan terhadap guru akan lahir jika insan yg memegang profesion perguruan itu dapat memelihara akhlaknya..mungkin sebab tulah lahirnya pepatah 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari' , nak mengingatkan warga guru supaya memberi teladan yg baik kepada muridnya. (harap2 saya bukanlah guru yg kencing tu...). masalahnya sekarang, ada saja berita tentang keburukan guru dilaporkan, berkhalwatlah, mengedar dadahlah dan jadi manusia dua alam pun ada...masyaAllah...

Di zaman materialistik sekarang ni pula, kerjaya guru dianggap kerjaya tiada kelas, kerana gajinya tak selumayan doktor, lawyer atau jurutera, dan yg sewaktu dengannya, saya pernah di tanya murid dengan pandangan sinis, "cikgu, gaji awak berapa? Rm600 ratus ye?"..maka disebabkan gaji cikgu ciput je, muridpun pandang sebelah mata aje..tapi saya tau, tak semua murid saya begitu, walaupun gaji cikgu tidak selumayan ibubapa mereka, tapi mereka masih menghormati saya sebagai gurunya...dan saya tidak pernah membataskan usaha dan dedikasi saya untuk memberi yg terbaik untuk murid-murid saya...kalau boleh saya nak jadi cikgu Astro..macam-macam ada...

Dan sempena hari guru 2010 ni saya ingin mengucapkan terima kasih kepada murid2 yg bersusah payah membingkiskan hadiah dan ucapan untuk saya..besarnya hati menerima ingatan dari murid-muridku...semoga Allah memberkati semua yang pernah menjadi murid saya..Aamiiin..



Bingkisan dari murid-murid saya, sengaja saya ambik gambar semoga ianya akan kekal berada dalam memori saya, tapi bagi yang bagi makanan tu, tak sempat saya ambik gambar...awal2 lagi dah licin, sebab masa sambutan hari guru tu, cikgu2 kelaparan kerana tak sempat makan pagi...thanks Aisyah, for the biscuit...

Thursday, March 4, 2010

IMAN NAJIHA SETAHUN KEMUDIAN



20 Februari datang lagi, Najiha dah pun berusia setahun, dah berlari, memanjat dan meminta apa yang dikehendakinya. Biasanya kalau nak ambik gambar dia memang suka sangat, tapi pada hari jadi dia hari tu, mood tak baik agaknya...dia tak mahu di ambik gambar, tengoklah muka dia tu, nak di pakaikan aksesori pun tak mahu, yg dia nak pada hari tu..membuas aje, mukapun habis calar balar dan lebam sebab terhantuk pd meja, peti sejukpun dia berjaya buka, habis pintu yg ada kat rumah dia nak buka.

Muka serius tu...Lepas snap gambar ni...Najiha berjaya memegang api lilin, apa lagi..meraung la lepas tu...nasib baik tak parah.

2 minggu sebelum birthday

aksi2 Najiha sepanjang setahun

7 bulan - suka tahap maksima bila org ambik gambar


7 bulan - mandi kolam



Wednesday, February 17, 2010

21 TAHUN AKU INGIN TERUS BERMIMPI





Setelah 21 tahun berpisah, tanggal 14 Februari 2010, menemukan kembali warga SMSD 89. begitu lama masa yg di ambil, thanks to FB yg membuahkan idea yg sungguh nostalgik ini. seronoknya tak terkata berjumpa kembali sahabat yg sama2 melalui usia kanak2 sehingga menginjak ke remaja, ianya menjadi lebih berharga lagi kerana kita sama2 melalui detik2 itu bersama rakan2 tanpa ibu bapa di sisi, maka hasilnya kita menjadi seperti sekarang, semua itu hasil didikan SMSD yg ketika itu sangat strict dalam agama, bagi saya SMSD telah membekalkan saya dengan asas agama yg belum tentu ibubapa saya dpt berikan, seterusnya menjadi panduan kepada saya bila melangkah keluar dr SMSD, walaupun masa sekolah dulu sayalah yg paling kuat menjadi pemberontak dlm semua hal....masa tu semua org marahkan saya and the gang, maklumlah perangai ala2 perosak nusa dan bangsa.....(please forgive me my frens). Banyak kenangan di SMSD yg mematangkan saya, antaranya;
1. Form 1, First time naik bas kepunyaan sekolah, rasa bangga semacam..
2. Form 2, sekolah dah jadi ana yg punya, sampai set llaki pun sakit hati, ada hari tu, meja saya and the gang kena ludah penuh 1 meja..yg saya hairan sampai sekarang..., dari manalah diorang tu kumpul air liur sampai 4 meja..huh, boleh pecah rekod tu....
masa ni juga set Ahmad Jailani buat satu kursus yg bernama "Kursus Kesedaran Islam" utk budak Form 1 dan Form 2 (dipercayai kursus ni dibuat khas utk gang2 saya)..malangnya kursus tu tidak memberi apa2 kesan segera pada saya and the gang...

3. Semenjak form 2 saya and the gang dah mula jadi set ddebe, motto yg dipegang "peraturan dibuat adalah untuk di langgar"...ada ke patut?.

4. Form 3 dh nak SRP, tapi asyik main aje, pesan pengetua kalau kitorang dpt lebih dr 10 agregat, anggaplah kita tak layak berada di sekolah ni, pesanan ni mendorong saya sehingga dpt under 10.

4. Masuk form 4 lagi teruk ddebenya, sampai sanggup buka tudung bila keluar dari sekolah, satu benda yg saya tak lupa bila Zakuan Zaini membebel "ingat isle kat sekoloh jo ko, keluar sekoloh doh tok isle", lebih kurang gitulah bebelannya, masa tu terkulat2 juga..nasib baik saya masih sempat bertaubat..selain tu masa ni juga saya jadi queen of ponteng, semua benda saya nak ponteng, sampai makan pun saya ponteng..sarapan pagi asyik terpaksa ponteng sbb terlambat memanjang..
5. Masuk form 5, prep dah tak masuk, sebab dah ada markas rahsia, petang2 org lain semua prep, saya and the gang duk membuta, cikgu tak tau sebb bilik tu kitorang kunci dengan mangga dr luar, adik junior jd mangsa tukang kunci dan tukang buka...pelajaran makin teruk, sehinggalah suatu hari tu Asliza bagitau.. cikgu ............. (dah tak ingat namanya) kata, "kalau tak lulus Maths, nak jadi bidan pun tak boleh"..masa tu barulah tersentap, mana tak nya Maths tak pernah lulus, markahpun fail pada paras bahaya jee..insaf sekejap, masa trial bangkit semula, tp bila nak SPM, lalok balik, nasib baik Norliza duk nasihat suruh ingat masa depan...so dengan bantuan dan keprihatinan sahabat2, jadilah saya seperti sekarang....kira oklah..terima kasih semua.

(sahabat selama 26 tahun....Wan Zamaria, Halimah, Wan Salasiah, Norliza, Norsiah, duduk- Noziana, Noryati, Mahani, Hartini, Faridah)
banyak lagi benda2 yg jadi kenangan abadi :

1. Basketball was my life...pernah satu hari sedang syok training, bola terlantun masuk ngam2 ke dalam baldi air minum...lepas training kitorang pakat minum 'air berkat' basketball tu walaupun masih kelihatan rerumput berenang2 dlm baldi tu.
2. mi goreng bungkus restoren sebelah pasaraya salwa...sampai sekarang mengidam nak makan mi tu....sedapnya tak boleh jumpa kat tpt lain..dan pasaraya salwa tu sendiri banyak menyimpan kenangan budak nakal..

3. Pokok pelam kat tepi pagar aspuri, buahnya rangup...sampai sanggup pergi joging keluar sekolah, bila sampai kat pokok tu berusaha keras membaling buahnya dengan tongkol kayu..

4. Jamuan megi sentiasa berlangsung...1 malam tu, berjamu kat bawah tangga..tengah syok hor liou, warden keluar kejar..semua org bertrabur pakat lari, tapi bekas megi di 'tatang bagaikan megi yg penuh'..pahtu sambung balik kat tpt lain..kesannya...sampai sekarang jadi hantu megi..

5. Bulan puasa semua org wajib berjemaah terawih, tp saya ponteng sebb nak tengok TV filem Mr Os..pahtu dtg AJK mussolla bg ceramah, antara ayatnya.."ingat bila di akhirat nanti Mr Os boleh tolong ke?"...hmmm tak pasal2 mr Os terbabit sama..

6. Masa bulan puasa 89, saya selaku ketua dorm 3CC mesti ambik nama org yg tak boleh puasa untuk di bekalkan nasi bungkus, dah tu nasinya seeeedaaaap sgt berbanding nasi dewan makan, maka sayapun pakat2 tambah bilangan org yg tak boleh puasa , so yg lebih tu dptlah set2 senior makan masa supper...cikgu pun naik hairan apasal setiap hari bilangan org tak puasa sentiasa ramai...bila dikenangkan inilah agaknya pemikiran tidak berintegriti...tobat aku...

Tahun ni melalui Fb, saya dapat berita yg sunguh mengejutkan iaitu one of my gang rupa2nya dah 5 tahun meninggal dunia..al fatihah..sedihnya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Hani....

Dan saya pun di usia begini masih lagi bermimpi bergurau senda di halaman SMSD, seolah2 kenangan2 itu tak mungkin pergi...yg pergi hanya mereka yg terdahulu dipanggil mengadapNya..Allahyarham Hani Zura, Mazlan, Razaiman, Shamsuri......in memory..