Saturday, August 29, 2009

AIR TUAK (air nira)

Satu lagi benda yg mesti minum di bulan puasa ialah air tuak. Ia di perolehi daripada pokok kelapa, biasanya air tuak ni diambil utk di buat nnisan (gula melaka), tp di bulan puasa biasanya pengusaha nnisan akan stopkan pengeluaran nnisan, kerana permintaan air tuak yg tinggi.



Inilah air tuak yg bernilai RM 2.00, banyak djual di pasar2 ramadhan sekitar trg dan juga Kelantan. Tapi boleh juga diperolehi diluar ramadhan dan ada juga yg dah siap di botolkan....

Masa kecil2 dulu saya sentiasa dapat minum air tuak yg fresh, turun dari pokok kelapa dlm sekitar pukul 5 dan hanya dpt mengumpul tak sampai 1 baldi (susah nak dapat), org dah beratur panjang untuk beli, tapi sekarang kat kg saya dah tak de lagi , pengusahanya dah pun meninggal dunia. berbeza sekarang, air tuak yg dijual disimpan dalam ais, rasanyapun dah lari, lepastu dijual dgn banyaknya...saya wonder juga macamana mereka ni dpt stok yg begitu banyak...dah pakai mesin ke..Apa2pun dah tak de pilihan, beli juga....Namun begitu saya masih juga tercari2 air tuak yg rasanya macam yg saya minum masa kecik2 dulu...

KUIH NEK BAK

Cuti sekolah tahun ni, kami sekeluarga berpeluang memulakan puasa di trg., maka saya pun awal2 lagi berpesan pd mak supaya belikan kuih nek bak, kuih ni adalah kuih tradisional Trg. Rupanya macam kuih bahulu dan di buat darpd tepung beras, tapi saiznya kecil sedikit, ia dimasak tanpa gula. Apabila hendak di makan ia akan dimasak sekali lagi dgn air gula.


Rupa kuih nek bak yg belum dimasak bernilai RM 2.00. Tp tak boleh disimpan terlalu lama.

Istimewanya kuih ni ialah, ianya hanya muncul pd bulan Ramadhan, kalau sesiapa yg mengidamkannya di luar Ramadhan, alamat kempunanlah..


Kuih nek bak yg telah dimasak dgn air gula akan mengmbang lebih kurang 2X ganda, sgt sedap dimkn jika disimpn sejuk.

Pd bulan puasa kali ni sempatlah saya bawa balik kuih nek bak ke Kajang, niat di hati nak masak dan sedekah pada jiran2. Bnyak juga yg saya masak, maklumla jiran2 saya majority melayu. So, sebelum berbuka anak2 saya pun agih2kanlah kpd jiran. Tapi, maklumla masak di bulan puasa ni, saya pulak tak biasa masak nek bak...bila berbuka aje, rupanya kuih nek bak saya tu tawar hebbe lebbe.., tak sesedap yg mak saya masak, kesian jiran2 ku, mendapat kuih nek bak yg kurang kaw.....

Thursday, August 27, 2009

MUSIBAH LAGI...

Dah lama saya berhasrat untuk menulis pasal ni, tapi masa seolah2 tidak mengizinkan. Hari ni barulah ada mood, pada 13.8.09 yg lalu adalah hari malang bagi saya, handphone kesayangan saya telah hilang (hadiah dari suami sempena lulus PTK tahun lepas)......kronologi kehilangannya agak tragis, iaitu:

1. Ketika itu, saya di dalam lab bg kelas sains tingkatan 2 sedang bagi revision pd student.

2. Tiba2 saya teringat untuk bagi tau pada sorang sahabat ttg revision paper yg dah siap, saya pun keluarkan dan men'sms'nya, melihat hp saya tu ramai lah yg bertanya ttg jenamanya, modelnya dan memberikan macam2 komen terhadap hp saya tu, saya pulak, dengan jujurnya menjawab semua soalan pelajar yg saya sayangi itu...

3. Selepas menggunakn hp, saya letakkan hp tu di atas meja sahaja kerana kebetulan saya tak jumpa jam di dalam handbag, kononnya untuk tengok jam.

4. Bila habis kelas, saya pun macam biasa mengemas segala barang di atas meja, tapi langsung tak ingat ttg hp lagi dan terus bergegas ke kelas tingkatan 1 pula.

5. Semasa di kelas tu barulah saya teringat akan hp tu, chek punya chek, cari punya cari, hampeh, tak de...

6. Habis kelas, saya terus mintak tolong sahabat utk call hp saya tu, nada deringnya masih berbunyi, dengan harapan yg tinggi saya pergi semula ke lab (mungkin terjatuh di situ), call lagi , tp tak kedengaran walaupun nada dering masih berbunyi.

7. Saya laporkan pada pihak disiplin, mereka pun buat spot chek kat kelas yg saya ajar tadi, tp tak jumpa, sementara tu saya terus call hp saya, masih hidup lagi.

8. Lebih kurang pukul 4.15 (waktu rehat) saya call lagi tapi di 'disconect' kan, lepas tu call lgi, dah di matikan....masa tu mati jugalah harapan saya untuk mendapatkannya semula...sob2 sedih..

Malam tu, suami trus ajak gi tengok hp kat kedai, pikir punya pikir, rasanya hp yg sama juga yg serasi dgn saya, applikasinya (betul ke istilah ni) menepati keperluan masakini saya...jumpa pulak yg casing warna putih...terus jatuh hati, harga pun dah murah, aplikasinya telah updated, yg ori pulak tu, yg dulu tu AP aje. Hmmm, nampaknya musibah ni ok juga, sebab dapat beli hp baru..he he..

Yg tinggal hanya original casingnya aje (kebetulan saya bru je tukar casing). So casing ni bolehla saya tukar2 dgn casing putih hp baru saya tu...

lastly, sebenarnya, jauh di sudut hati saya masih berharap hp tu kembali kepada saya. Apa2 pun moral of the story ialah don't ever2 expose your hp dan jangan ingat kalau kita buat baik pd org, org tu akan berbuat juga pada kita...

PERHATIAN PADA SAHABAT JAUH DAN DEKAT: Since hp saya dah hilang maka perkara yg dikesalkan tentula nombor tel semua dah hilang, terutamanya sahabat SMSD, UPM dan saudara mara. so melalui ruang ini saya berharap dapatla kiranya sahabat2 sekalian menghubungi saya semula..no saya masih sama.

Thursday, August 6, 2009

KERINGKAN SELESEMA KANAK-KANAK

Baby kalau selesema, hingus akan sentiasa meleleh, kalau selalu sangat kita lapkan hidungnya, melecet pulak...Apa yg saya selalu amalkan ialah dengan tidak menjirus air ke atas kepala semasa mandi pagi, tak kiralah, kalau mandi pagi tu pukul 12 tengahari pun...yg penting mandi yg pertama untuk hari tu. Kalau anak2 saya, lepas hari ke 2 tu, hilanglah hingus melelehnya.

Wajah-wajah baby yg bebas dari hingus meleleh....Najiha first time masuk walker, seronok dia..