Saturday, August 29, 2009

AIR TUAK (air nira)

Satu lagi benda yg mesti minum di bulan puasa ialah air tuak. Ia di perolehi daripada pokok kelapa, biasanya air tuak ni diambil utk di buat nnisan (gula melaka), tp di bulan puasa biasanya pengusaha nnisan akan stopkan pengeluaran nnisan, kerana permintaan air tuak yg tinggi.



Inilah air tuak yg bernilai RM 2.00, banyak djual di pasar2 ramadhan sekitar trg dan juga Kelantan. Tapi boleh juga diperolehi diluar ramadhan dan ada juga yg dah siap di botolkan....

Masa kecil2 dulu saya sentiasa dapat minum air tuak yg fresh, turun dari pokok kelapa dlm sekitar pukul 5 dan hanya dpt mengumpul tak sampai 1 baldi (susah nak dapat), org dah beratur panjang untuk beli, tapi sekarang kat kg saya dah tak de lagi , pengusahanya dah pun meninggal dunia. berbeza sekarang, air tuak yg dijual disimpan dalam ais, rasanyapun dah lari, lepastu dijual dgn banyaknya...saya wonder juga macamana mereka ni dpt stok yg begitu banyak...dah pakai mesin ke..Apa2pun dah tak de pilihan, beli juga....Namun begitu saya masih juga tercari2 air tuak yg rasanya macam yg saya minum masa kecik2 dulu...

No comments: