Untuk segmen makan2 kali ni (aiseh, macam penulis berbayar la pulak..), saya ingin perkenalkan gulai daging dengan batang telipot, bagi saya inilah salah satu menu istimewa kg Bendang Pak Yong.
Batang telipot ni sangat istimewa walaupun ianya kelihatan seperti batang keladi, tapi rasanya langsung tak gatal, so penyediannya sangat mudah. Setiap kali rumah mertua saya nak adakan apa2 kenduri, sayalah orang yang pertama dan dengan bersunguh2nya mencadangkan supaya gulai dicampurkan dengan telipot, bukan apa..sebenarnya tujuan dicampurkan dengan sebarang sayur ke dalam gulai adalah untuk membanyakkan gulai..so agaknya kalau ditambah apa2 sayur ke dalam gulai, itu menunjukkan tuan rumah tak cukup bajet kot...agaknyalah...tapi bagi saya mesti letak talipot, baru la special..maka sempena majlis perkahwinan Su Nor bebaru ni, dapatlah saya merasa lagi gulai daging dgn telipot.
Batang2 telipot yang telah diambil dari tali air/sungai (panjangnya melebihi dari 1 m)Jiran2 datang bergotong-royong menyiang batang telipot...

Batang telipot yang telah dibuang kulit dan sedia untuk dimasukkan ke dalam gulai.
Haa...inilah gulai daging bersama batang telipot yang telah masak,...mmm sedapnya....
Sebenarnya kalau pergi kenduri di Kelantan, kita akan berjumpa dengan gulai yang dicampur dengan berbagai jenis sayur, contohnya saya pernah makan gulai campur buah ara, ubi keling dan bemban kelapa (tempurung kelapa yg lembut).
No comments:
Post a Comment