Saturday, October 17, 2009

NASI KERABU BENDANG PAK YONG

Inilah nasi kerabu paling sedap in the world....





Nasi kerabu yang bernilai 60 sen sebungkus, dulu 50 sen aje, naik harga semenjak harga beras naik bebaru ni.

Apa yang istimewanya nasi kerabu ni ialah warna biru nasinya di ambil dari air sejenis daun yg dikenali sebagai daun ppite (sejenis pokok melilit), air daunnya sebenarnya berwarba hijau, tapi bila dimasak bersama nasi, ia menghasilkan nasi yg berwarna biru, agaknya daun ni ada unsur iodin kot, bila bercampur dengan kanji nasi, maka bertukarlah ia menajdi biru....

Ulamnya juga istimewa, sebab mesti ada daun ssemak (kelantan) atau di kenali sebagai serai kayu (Trg) atau daun salam (belah pantai barat), nasi kerabu ni tak perlu ditambah lauk tambahan lagi sebab keenakan rasa aslinya, aromanya, auranya, sudah memadai...

Kenapa saya highlightkan nasi kerabu bendang pak yong, sebabnya kalau saya makan nasi kerabu di daerah lain di Kelantan, rasanya tak dapat menandingi rasa nasi kerabu Bendang Pak Yong. satu lg sebab kenapa saya suka sangat nasi kerabu ni mungkin kerana rasanya sama dengan nasi kerabu yang pertama sekali saya makan iaitu semasa di sekolah rendah, ketika itu ada org kelantan berpindah ke kg saya dan mula menjual nasi kerabu, sebelum pergi mengaji saya selalu beli nasi kerabu yg masa tu harganya 10 sen aje...bila saya berkahwin dgn orang Bendang Pak Yong...rupa2nya org kelantan tu adalah org Bendang Pak Yong, siap bersaudara lagi dengan suami saya...itulah kisah AKU DAN NASI KERABU....

GULAI DAGING DENGAN BATANG TELIPOT (TERATAI)

Untuk segmen makan2 kali ni (aiseh, macam penulis berbayar la pulak..), saya ingin perkenalkan gulai daging dengan batang telipot, bagi saya inilah salah satu menu istimewa kg Bendang Pak Yong.
Batang telipot ni sangat istimewa walaupun ianya kelihatan seperti batang keladi, tapi rasanya langsung tak gatal, so penyediannya sangat mudah. Setiap kali rumah mertua saya nak adakan apa2 kenduri, sayalah orang yang pertama dan dengan bersunguh2nya mencadangkan supaya gulai dicampurkan dengan telipot, bukan apa..sebenarnya tujuan dicampurkan dengan sebarang sayur ke dalam gulai adalah untuk membanyakkan gulai..so agaknya kalau ditambah apa2 sayur ke dalam gulai, itu menunjukkan tuan rumah tak cukup bajet kot...agaknyalah...tapi bagi saya mesti letak talipot, baru la special..maka sempena majlis perkahwinan Su Nor bebaru ni, dapatlah saya merasa lagi gulai daging dgn telipot.

Batang2 telipot yang telah diambil dari tali air/sungai (panjangnya melebihi dari 1 m)Jiran2 datang bergotong-royong menyiang batang telipot...



Batang telipot yang telah dibuang kulit dan sedia untuk dimasukkan ke dalam gulai.





Haa...inilah gulai daging bersama batang telipot yang telah masak,...mmm sedapnya....


Sebenarnya kalau pergi kenduri di Kelantan, kita akan berjumpa dengan gulai yang dicampur dengan berbagai jenis sayur, contohnya saya pernah makan gulai campur buah ara, ubi keling dan bemban kelapa (tempurung kelapa yg lembut).