Thursday, July 30, 2009

BILA MUSIBAH DATANG MENIMPA

Minggu lepas adalah minggu yg mencbar bagi kami sekeluarga, bermula dengan Nabihah yg mendapat demam, diikuti suami yg tiba2 demam selepas balik dari menganjurkan sukan PASTI. Anak sedara Mira pulak baru aje masuk kerja kat TM Cyberjaya, so dia dengan 2 lagi kawannya berhajat untuk menumpang suami utk gi ke tpt kerja sementara dapat cari rumah sewa, malangnya pd hari Isnin tu suami terpaksa MC, so kami cuma dapat hantar diorang ke tpt kerja baru (bersebelahan dengan tpt kerja suami rupanya) tu..., mereka terpaksa balik sendiri ambik teksi. berbalik pd kisah demam tadi .. Hari Selasa baby pulak deman selepas dapat suntikan, salah saya juga, biasanya selepas cucuk saya akan terus bg ubat demam, so sebelum ni dia tak demampun. Pada hari Rabu saya pulak terpaksa ambik MC...demam jugak, 2 hari pulak tu.. sementara tu suami makin teruk demamnya, macam tak boleh bangun..Fatini pun demam jugak, Lastly tinggal Fahim aje yg maintain, tapi tak pergi sekolah juga, pasalnya takde org yg mampu hantar..

Pasal Mira pulak, nasib baik 2 kawan dia tu boleh bawak kereta, so diorang drive sendiri pergi kerja ke Cyberjaya, kalau tak, tak tau la camana...kesian Mira, ingat boleh tumpang Pak Alangnya, aleh2 kena bergerak sendiri la pulak, dalam pada diorang guna kereta suami untuk gi kerja tu, suami perasan 2 penutup sport rim kereta dah hilang..hmm sape la punya kerja..


So minggu lepas, 2 musibah datang menguji membuat saya bermuhasabah diri,...meneliti diri, apa yg telah saya mungkiri....sayapun tak pasti, yg psti kami jarang kehilangan barang (kecurian) dan tak pernah ditimpa sakit sekeluarga macam ni, minggu ni Fahim pulak yg demam..Inilah ujian Allah, saya redha, semoga Allah ampunkan kami sekeluarga..

Dalam terfikir2 gambar apa yg nak saya letakkan bg catatan ni, terjumpalah gambar lama masa zaman anak 2 dulu...


Kenduri kahwin adik Sue (sekarang dah jadi jutawan Hai-O), bersama dengan sahabat dari Tronoh, Kak Halimah (dah kaya juga dengar khabarnya) dan Kak Zaharah dan juga Kak Jas (Kajang Utama)

Gambar Nabihah dgn Fatini...Fatini really looks like Najiha...

Saturday, July 18, 2009

HILANGKAN BAU KAKI

Caranya dengan sentisa sabunkan keseluruhan tapak kaki, bukan saja hilangkan bau malah kaki pun lebih lembut dan kematu2 kakipun hilang..

buah kaki..(tiada kena mengena dengan kaki yg busuk)

Thursday, July 16, 2009

SAYA SOKONG KERAJAAN..

Alhamdulillah akhirnya PPSMI di mansuhkan, tapi lagi 3 tahun....sebagai seorang guru yg mengajar Sains di Sek. Men., dengarlah luahan hati ini..
Apa yg ramai org tak perasaan ialah apabila Sains diajar dlm BI, kandungan pelajarannya telah dikurangkan kepada yg sgt simple, berbanding dengan Sains dlm BM dulu, kandungannya lebih detail, so budak tingkatan 1-3 sekarang lebih terkebelakang dari segi ilmu sainsnya, berbanding pelajar yg belajar dlm BM dulu. Maka jadilah yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

Walaupun belajar benda yg simple aje, bila exam.. tak dpt jawab, sebab tak faham bahasa, padahal dia tau sesuatu benda tu, tp sebab tak faham, markahnya kosong. Contohnya anak saya yg darjah 1, di atas sebab2 tertentu, saya belum sempat lagi ajar dia baca Inggeris, jadi dia memang kureeng sikit dlm BI. So, kat sini saya sertakan gambar soalan Sains dia masa mid year exam baru ni.




Walaupun jawapannya salah dari segi bahasa, tapi saya berbngga juga, sebab dia ni kira terror jugak dlm BM, pandai pulak dia tambah imbuhan...bukan senang dia nak pikir camana nak cukupkan ruang kosong tu. Kesimpulannya di sini, kalau soalan sains dlm BM, anak saya pasti dapat betul sebab dia tau benda tu nanas, tapi sbb dia tak tau bahasa,..dapat salah....

Bila cikgu sains & maths dipaksa ajar dlm BI, org tak tau,.. ramai cikgu2 yg dah jadi badut kat kelas, mengajar dlm bahasa Inggeris yg tunggang langgang. Pelajar yg menggunakan BI sebagai bahasa pengantar di rumah tersenyum sinis...Ada juga cikgu yg terus tarik diri dr mengajar subjek sains..negara telah kehilangan modal insan...
Lagi satu, perkara paling pelik in the world ialah pelajar tak reti BI, disuruhnya cikgu Sains & Maths yg ajar BI, cikgu BI buat apa selama ni, bertahun2 murid belajar BI di sekolah, sepatah harampun tak reti BI. Yg terror BI tu kebanyakannya sebab latar belakang keluarga yg menitikberatkan BI. Kalau tak caye, tanyalah Wardina Saffiyah (contohnya la )...



Bersama dengan budak yg tak tau eja 'pineapple' (tau nak beli bidaman aje..)

Itu baru sebahagian sebab mengapa saya sokong tindakan pemansuhan PPSMI. Sebab paling utama ialah walau apapun alasannya, Bahasa Melayu perlu dimartabatkan, pada saya BM bukanlah bahasa yg lekeh sangat. BM ni lebih kurang je dgn Bahasa Indonesia, maksudnya ia adalah bahasa yg kedua paling banyak dituturkan selepas bahasa Mandarin (jika diambil kira jumlah penduduk), so apa yg kita nak malukan. Sejak bila pulak bahasa menjadi penghalang kemajuan (rasanya Thailand tu jauh lebih maju dari kita), yg ptg suatu bangsa tu ada jati diri dan rajin berusaha, masalahnya org melayu ni ramai yg bangga mengamalkan budaya org (walaupun budaya org asli red Indian), budaya sendiri rasa macam tak de standard, bukannya dia fikir macamana nak me'standard'kan budaya dia.... Rasanya kalau diteruskan PPSMI, BM akan senasib dengan tulisan jawi, tak de pekdah langsung untuk dipelajari, tapi nak juga diajar di sekolah sebab takut pupus...padahal siapa yg pupuskannya, kita juga...bukannya mereka dan keluarga mereka...

Akhir kata saya tak nafikan kepentingan BI, org yg menguasai BI pasti lebih kehadapan kerana dapat ilmu dengan lebih pantas. Tapi tak de kena mengena pun dengan Maths dan Sains. Nak pandai BI, belajarlah dengan cikgu BI, nak belajar agama belajarlah dgn cikgu agama, jgn pulak kita tukar ke Bahasa Arab untuk belajar agama, kononnya sebab banyak ilmu agama dlm bahasa Arab..akhir kalam, saya memohon maaf jika catatan saya ini mengguris sesiapa, sesungguhnya saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga berbahasa Malaysia. Saya berjanji pada diri saya dan juga negara, akan mendidik anak2 saya agar pandai berbahasa Inggeris, kalau boleh bahasa Arab sekali... InsyaAllah...

Tuesday, July 7, 2009

FRENCH FRIES LEBIH SEDAP

Biasanya bila goreng french fries, ada yg menabur garam ke atas FF sebaik sj selepas digoreng. Ini menyebabkan rasa masinnya tidak sekata.


Apa yg saya buat ialah dengan membubuh sesudu garam ke dalam kuali yg hendak di goreng FF. Apabila FF dimasukkan kacau2lah supaya garam itu sekata. bila sudah masak, angkat dan rasalah keenakannya dengan rasa masin yg lebih sekata.

Thursday, July 2, 2009

SEPANJANG JALAN KENANGAN

Asyik citer pasal Najiha aje...sebenarnya ada banyak aktiviti best yg kami sekeluarga alami sebelum lahirnya Najiha. ...antaranya..





Majlis Pertunangan Su Nor.





Mandi manda di Desa Water Park bersama dengan keluarga Mok Teh


Hari pertama persekolahan bagi Fahim dan hari pertama kakak Nabihah Kak Fatini sebagai pengawas.








Memancing ikan selepas banjir di kg Bendang Pak Yong. (cuti raya cina)


Semua orang happy sebab inilah kali pertama memancing asyik dapat ikan aje.


Tengoklah hasilnya, walaupun ikannya kecik2 aje (kesian ikan tak sempat besar), tapi 'goreng pun sodap'...