Thursday, July 30, 2009

BILA MUSIBAH DATANG MENIMPA

Minggu lepas adalah minggu yg mencbar bagi kami sekeluarga, bermula dengan Nabihah yg mendapat demam, diikuti suami yg tiba2 demam selepas balik dari menganjurkan sukan PASTI. Anak sedara Mira pulak baru aje masuk kerja kat TM Cyberjaya, so dia dengan 2 lagi kawannya berhajat untuk menumpang suami utk gi ke tpt kerja sementara dapat cari rumah sewa, malangnya pd hari Isnin tu suami terpaksa MC, so kami cuma dapat hantar diorang ke tpt kerja baru (bersebelahan dengan tpt kerja suami rupanya) tu..., mereka terpaksa balik sendiri ambik teksi. berbalik pd kisah demam tadi .. Hari Selasa baby pulak deman selepas dapat suntikan, salah saya juga, biasanya selepas cucuk saya akan terus bg ubat demam, so sebelum ni dia tak demampun. Pada hari Rabu saya pulak terpaksa ambik MC...demam jugak, 2 hari pulak tu.. sementara tu suami makin teruk demamnya, macam tak boleh bangun..Fatini pun demam jugak, Lastly tinggal Fahim aje yg maintain, tapi tak pergi sekolah juga, pasalnya takde org yg mampu hantar..

Pasal Mira pulak, nasib baik 2 kawan dia tu boleh bawak kereta, so diorang drive sendiri pergi kerja ke Cyberjaya, kalau tak, tak tau la camana...kesian Mira, ingat boleh tumpang Pak Alangnya, aleh2 kena bergerak sendiri la pulak, dalam pada diorang guna kereta suami untuk gi kerja tu, suami perasan 2 penutup sport rim kereta dah hilang..hmm sape la punya kerja..


So minggu lepas, 2 musibah datang menguji membuat saya bermuhasabah diri,...meneliti diri, apa yg telah saya mungkiri....sayapun tak pasti, yg psti kami jarang kehilangan barang (kecurian) dan tak pernah ditimpa sakit sekeluarga macam ni, minggu ni Fahim pulak yg demam..Inilah ujian Allah, saya redha, semoga Allah ampunkan kami sekeluarga..

Dalam terfikir2 gambar apa yg nak saya letakkan bg catatan ni, terjumpalah gambar lama masa zaman anak 2 dulu...


Kenduri kahwin adik Sue (sekarang dah jadi jutawan Hai-O), bersama dengan sahabat dari Tronoh, Kak Halimah (dah kaya juga dengar khabarnya) dan Kak Zaharah dan juga Kak Jas (Kajang Utama)

Gambar Nabihah dgn Fatini...Fatini really looks like Najiha...

No comments: