Thursday, July 16, 2009

SAYA SOKONG KERAJAAN..

Alhamdulillah akhirnya PPSMI di mansuhkan, tapi lagi 3 tahun....sebagai seorang guru yg mengajar Sains di Sek. Men., dengarlah luahan hati ini..
Apa yg ramai org tak perasaan ialah apabila Sains diajar dlm BI, kandungan pelajarannya telah dikurangkan kepada yg sgt simple, berbanding dengan Sains dlm BM dulu, kandungannya lebih detail, so budak tingkatan 1-3 sekarang lebih terkebelakang dari segi ilmu sainsnya, berbanding pelajar yg belajar dlm BM dulu. Maka jadilah yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

Walaupun belajar benda yg simple aje, bila exam.. tak dpt jawab, sebab tak faham bahasa, padahal dia tau sesuatu benda tu, tp sebab tak faham, markahnya kosong. Contohnya anak saya yg darjah 1, di atas sebab2 tertentu, saya belum sempat lagi ajar dia baca Inggeris, jadi dia memang kureeng sikit dlm BI. So, kat sini saya sertakan gambar soalan Sains dia masa mid year exam baru ni.




Walaupun jawapannya salah dari segi bahasa, tapi saya berbngga juga, sebab dia ni kira terror jugak dlm BM, pandai pulak dia tambah imbuhan...bukan senang dia nak pikir camana nak cukupkan ruang kosong tu. Kesimpulannya di sini, kalau soalan sains dlm BM, anak saya pasti dapat betul sebab dia tau benda tu nanas, tapi sbb dia tak tau bahasa,..dapat salah....

Bila cikgu sains & maths dipaksa ajar dlm BI, org tak tau,.. ramai cikgu2 yg dah jadi badut kat kelas, mengajar dlm bahasa Inggeris yg tunggang langgang. Pelajar yg menggunakan BI sebagai bahasa pengantar di rumah tersenyum sinis...Ada juga cikgu yg terus tarik diri dr mengajar subjek sains..negara telah kehilangan modal insan...
Lagi satu, perkara paling pelik in the world ialah pelajar tak reti BI, disuruhnya cikgu Sains & Maths yg ajar BI, cikgu BI buat apa selama ni, bertahun2 murid belajar BI di sekolah, sepatah harampun tak reti BI. Yg terror BI tu kebanyakannya sebab latar belakang keluarga yg menitikberatkan BI. Kalau tak caye, tanyalah Wardina Saffiyah (contohnya la )...



Bersama dengan budak yg tak tau eja 'pineapple' (tau nak beli bidaman aje..)

Itu baru sebahagian sebab mengapa saya sokong tindakan pemansuhan PPSMI. Sebab paling utama ialah walau apapun alasannya, Bahasa Melayu perlu dimartabatkan, pada saya BM bukanlah bahasa yg lekeh sangat. BM ni lebih kurang je dgn Bahasa Indonesia, maksudnya ia adalah bahasa yg kedua paling banyak dituturkan selepas bahasa Mandarin (jika diambil kira jumlah penduduk), so apa yg kita nak malukan. Sejak bila pulak bahasa menjadi penghalang kemajuan (rasanya Thailand tu jauh lebih maju dari kita), yg ptg suatu bangsa tu ada jati diri dan rajin berusaha, masalahnya org melayu ni ramai yg bangga mengamalkan budaya org (walaupun budaya org asli red Indian), budaya sendiri rasa macam tak de standard, bukannya dia fikir macamana nak me'standard'kan budaya dia.... Rasanya kalau diteruskan PPSMI, BM akan senasib dengan tulisan jawi, tak de pekdah langsung untuk dipelajari, tapi nak juga diajar di sekolah sebab takut pupus...padahal siapa yg pupuskannya, kita juga...bukannya mereka dan keluarga mereka...

Akhir kata saya tak nafikan kepentingan BI, org yg menguasai BI pasti lebih kehadapan kerana dapat ilmu dengan lebih pantas. Tapi tak de kena mengena pun dengan Maths dan Sains. Nak pandai BI, belajarlah dengan cikgu BI, nak belajar agama belajarlah dgn cikgu agama, jgn pulak kita tukar ke Bahasa Arab untuk belajar agama, kononnya sebab banyak ilmu agama dlm bahasa Arab..akhir kalam, saya memohon maaf jika catatan saya ini mengguris sesiapa, sesungguhnya saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga berbahasa Malaysia. Saya berjanji pada diri saya dan juga negara, akan mendidik anak2 saya agar pandai berbahasa Inggeris, kalau boleh bahasa Arab sekali... InsyaAllah...

No comments: