Thursday, December 31, 2009

SAYONARA SMJK YU HUA..SMK KAJANG UTAMA HERE I COME..

8 tahun setengah saya mencurahkan bakti di bumi Yu Hua, dari tersergamnya bangunan kelas yg dikenali sbg kelas 'kandang kambing' hinggalah diganti dengan bangunan indah setinggi 5 tingkat, seterusnya terbina pulak bangunan 6 tingkat yg sungguh 'menggerunkan' kerana tiada lif dan tiada jejantas yg menghubungkan dengan bangunan lain (kecuali ke dewan yg tidak membawa apa2 makna pada guru ptg), kemudian sekolah dinobatkan sebagai sekolah cemerlang kokurikulum peringkat kebangsaan...semua tu saya saksikan dengan penuh bangga dan mengharunginya dgn penuh dedikasi. Akhirnya pada tahun 2010 saya terpaksa ucapkan selamat tinggal pada semua warga yu hua dan 'jam' di bandar kajang, demi mencari pengalaman dan merasa angin baru, saya gagahi kaki ini untuk menuju ke sekolah baru. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga saya pada Puan Lim Mui Tin yg telah mendidik saya untuk menjadi seorang guru yg lebih bertanggungjawab, banyak yg saya belajar dr cara beliau mentadbir sesi petang...terima kasih Pn Lim!!!!. Tak pernah dilupakan juga teman2 suka duka sepanjang di Yu Hu, you are the best friends that I ever have! sob! sob! sedih sebenornya nak tinggalkan Yu hua...
(Kelas terakhir di Yu hua..tiada dlm gambar sbb masa ni sedang CB)
SMJK YU HU DALAM KENANGAN (berakhirlah episod di Yu Hua)

Alhamdulillah permohonan saya untuk bertukar ke SMK Kajang Utama diterima, gembiranya tak terkata, sambil tu suspen la juga, maklumla nak membina persahabatan baru dan nak menghadapi suasana multi racial ala2 1Malaysia gitu...tapi bila berjumpa guru2 seperjuangan, ada antara mereka yg telah saya kenali sebelum ni, pentadbir pun 'mesra alam', so..first expression okaylah, sentiasa ingat jangan harapkan org untuk gembirakan kita, sebaliknya kita sendiri yg membina kegembiraan itu...insyaAllah saya suka dengan sekolah baru ni, cuma masalah sikit, sekolah ni masih menggunakan papan hijau, beriya saya simpan stok marker pen banyak2..but that's small matter.. yang penting perjalanan dari rumah ke sekolah cuma 2 minit saja (comform takde jam punye)....huh! nikmat dunia tu.....SMK Kajang Utama, saya berjanji akan berbakti dengan penuh dedikasi dan I'll give the best of me.....

Saturday, October 17, 2009

NASI KERABU BENDANG PAK YONG

Inilah nasi kerabu paling sedap in the world....





Nasi kerabu yang bernilai 60 sen sebungkus, dulu 50 sen aje, naik harga semenjak harga beras naik bebaru ni.

Apa yang istimewanya nasi kerabu ni ialah warna biru nasinya di ambil dari air sejenis daun yg dikenali sebagai daun ppite (sejenis pokok melilit), air daunnya sebenarnya berwarba hijau, tapi bila dimasak bersama nasi, ia menghasilkan nasi yg berwarna biru, agaknya daun ni ada unsur iodin kot, bila bercampur dengan kanji nasi, maka bertukarlah ia menajdi biru....

Ulamnya juga istimewa, sebab mesti ada daun ssemak (kelantan) atau di kenali sebagai serai kayu (Trg) atau daun salam (belah pantai barat), nasi kerabu ni tak perlu ditambah lauk tambahan lagi sebab keenakan rasa aslinya, aromanya, auranya, sudah memadai...

Kenapa saya highlightkan nasi kerabu bendang pak yong, sebabnya kalau saya makan nasi kerabu di daerah lain di Kelantan, rasanya tak dapat menandingi rasa nasi kerabu Bendang Pak Yong. satu lg sebab kenapa saya suka sangat nasi kerabu ni mungkin kerana rasanya sama dengan nasi kerabu yang pertama sekali saya makan iaitu semasa di sekolah rendah, ketika itu ada org kelantan berpindah ke kg saya dan mula menjual nasi kerabu, sebelum pergi mengaji saya selalu beli nasi kerabu yg masa tu harganya 10 sen aje...bila saya berkahwin dgn orang Bendang Pak Yong...rupa2nya org kelantan tu adalah org Bendang Pak Yong, siap bersaudara lagi dengan suami saya...itulah kisah AKU DAN NASI KERABU....

GULAI DAGING DENGAN BATANG TELIPOT (TERATAI)

Untuk segmen makan2 kali ni (aiseh, macam penulis berbayar la pulak..), saya ingin perkenalkan gulai daging dengan batang telipot, bagi saya inilah salah satu menu istimewa kg Bendang Pak Yong.
Batang telipot ni sangat istimewa walaupun ianya kelihatan seperti batang keladi, tapi rasanya langsung tak gatal, so penyediannya sangat mudah. Setiap kali rumah mertua saya nak adakan apa2 kenduri, sayalah orang yang pertama dan dengan bersunguh2nya mencadangkan supaya gulai dicampurkan dengan telipot, bukan apa..sebenarnya tujuan dicampurkan dengan sebarang sayur ke dalam gulai adalah untuk membanyakkan gulai..so agaknya kalau ditambah apa2 sayur ke dalam gulai, itu menunjukkan tuan rumah tak cukup bajet kot...agaknyalah...tapi bagi saya mesti letak talipot, baru la special..maka sempena majlis perkahwinan Su Nor bebaru ni, dapatlah saya merasa lagi gulai daging dgn telipot.

Batang2 telipot yang telah diambil dari tali air/sungai (panjangnya melebihi dari 1 m)Jiran2 datang bergotong-royong menyiang batang telipot...



Batang telipot yang telah dibuang kulit dan sedia untuk dimasukkan ke dalam gulai.





Haa...inilah gulai daging bersama batang telipot yang telah masak,...mmm sedapnya....


Sebenarnya kalau pergi kenduri di Kelantan, kita akan berjumpa dengan gulai yang dicampur dengan berbagai jenis sayur, contohnya saya pernah makan gulai campur buah ara, ubi keling dan bemban kelapa (tempurung kelapa yg lembut).


Saturday, August 29, 2009

AIR TUAK (air nira)

Satu lagi benda yg mesti minum di bulan puasa ialah air tuak. Ia di perolehi daripada pokok kelapa, biasanya air tuak ni diambil utk di buat nnisan (gula melaka), tp di bulan puasa biasanya pengusaha nnisan akan stopkan pengeluaran nnisan, kerana permintaan air tuak yg tinggi.



Inilah air tuak yg bernilai RM 2.00, banyak djual di pasar2 ramadhan sekitar trg dan juga Kelantan. Tapi boleh juga diperolehi diluar ramadhan dan ada juga yg dah siap di botolkan....

Masa kecil2 dulu saya sentiasa dapat minum air tuak yg fresh, turun dari pokok kelapa dlm sekitar pukul 5 dan hanya dpt mengumpul tak sampai 1 baldi (susah nak dapat), org dah beratur panjang untuk beli, tapi sekarang kat kg saya dah tak de lagi , pengusahanya dah pun meninggal dunia. berbeza sekarang, air tuak yg dijual disimpan dalam ais, rasanyapun dah lari, lepastu dijual dgn banyaknya...saya wonder juga macamana mereka ni dpt stok yg begitu banyak...dah pakai mesin ke..Apa2pun dah tak de pilihan, beli juga....Namun begitu saya masih juga tercari2 air tuak yg rasanya macam yg saya minum masa kecik2 dulu...

KUIH NEK BAK

Cuti sekolah tahun ni, kami sekeluarga berpeluang memulakan puasa di trg., maka saya pun awal2 lagi berpesan pd mak supaya belikan kuih nek bak, kuih ni adalah kuih tradisional Trg. Rupanya macam kuih bahulu dan di buat darpd tepung beras, tapi saiznya kecil sedikit, ia dimasak tanpa gula. Apabila hendak di makan ia akan dimasak sekali lagi dgn air gula.


Rupa kuih nek bak yg belum dimasak bernilai RM 2.00. Tp tak boleh disimpan terlalu lama.

Istimewanya kuih ni ialah, ianya hanya muncul pd bulan Ramadhan, kalau sesiapa yg mengidamkannya di luar Ramadhan, alamat kempunanlah..


Kuih nek bak yg telah dimasak dgn air gula akan mengmbang lebih kurang 2X ganda, sgt sedap dimkn jika disimpn sejuk.

Pd bulan puasa kali ni sempatlah saya bawa balik kuih nek bak ke Kajang, niat di hati nak masak dan sedekah pada jiran2. Bnyak juga yg saya masak, maklumla jiran2 saya majority melayu. So, sebelum berbuka anak2 saya pun agih2kanlah kpd jiran. Tapi, maklumla masak di bulan puasa ni, saya pulak tak biasa masak nek bak...bila berbuka aje, rupanya kuih nek bak saya tu tawar hebbe lebbe.., tak sesedap yg mak saya masak, kesian jiran2 ku, mendapat kuih nek bak yg kurang kaw.....

Thursday, August 27, 2009

MUSIBAH LAGI...

Dah lama saya berhasrat untuk menulis pasal ni, tapi masa seolah2 tidak mengizinkan. Hari ni barulah ada mood, pada 13.8.09 yg lalu adalah hari malang bagi saya, handphone kesayangan saya telah hilang (hadiah dari suami sempena lulus PTK tahun lepas)......kronologi kehilangannya agak tragis, iaitu:

1. Ketika itu, saya di dalam lab bg kelas sains tingkatan 2 sedang bagi revision pd student.

2. Tiba2 saya teringat untuk bagi tau pada sorang sahabat ttg revision paper yg dah siap, saya pun keluarkan dan men'sms'nya, melihat hp saya tu ramai lah yg bertanya ttg jenamanya, modelnya dan memberikan macam2 komen terhadap hp saya tu, saya pulak, dengan jujurnya menjawab semua soalan pelajar yg saya sayangi itu...

3. Selepas menggunakn hp, saya letakkan hp tu di atas meja sahaja kerana kebetulan saya tak jumpa jam di dalam handbag, kononnya untuk tengok jam.

4. Bila habis kelas, saya pun macam biasa mengemas segala barang di atas meja, tapi langsung tak ingat ttg hp lagi dan terus bergegas ke kelas tingkatan 1 pula.

5. Semasa di kelas tu barulah saya teringat akan hp tu, chek punya chek, cari punya cari, hampeh, tak de...

6. Habis kelas, saya terus mintak tolong sahabat utk call hp saya tu, nada deringnya masih berbunyi, dengan harapan yg tinggi saya pergi semula ke lab (mungkin terjatuh di situ), call lagi , tp tak kedengaran walaupun nada dering masih berbunyi.

7. Saya laporkan pada pihak disiplin, mereka pun buat spot chek kat kelas yg saya ajar tadi, tp tak jumpa, sementara tu saya terus call hp saya, masih hidup lagi.

8. Lebih kurang pukul 4.15 (waktu rehat) saya call lagi tapi di 'disconect' kan, lepas tu call lgi, dah di matikan....masa tu mati jugalah harapan saya untuk mendapatkannya semula...sob2 sedih..

Malam tu, suami trus ajak gi tengok hp kat kedai, pikir punya pikir, rasanya hp yg sama juga yg serasi dgn saya, applikasinya (betul ke istilah ni) menepati keperluan masakini saya...jumpa pulak yg casing warna putih...terus jatuh hati, harga pun dah murah, aplikasinya telah updated, yg ori pulak tu, yg dulu tu AP aje. Hmmm, nampaknya musibah ni ok juga, sebab dapat beli hp baru..he he..

Yg tinggal hanya original casingnya aje (kebetulan saya bru je tukar casing). So casing ni bolehla saya tukar2 dgn casing putih hp baru saya tu...

lastly, sebenarnya, jauh di sudut hati saya masih berharap hp tu kembali kepada saya. Apa2 pun moral of the story ialah don't ever2 expose your hp dan jangan ingat kalau kita buat baik pd org, org tu akan berbuat juga pada kita...

PERHATIAN PADA SAHABAT JAUH DAN DEKAT: Since hp saya dah hilang maka perkara yg dikesalkan tentula nombor tel semua dah hilang, terutamanya sahabat SMSD, UPM dan saudara mara. so melalui ruang ini saya berharap dapatla kiranya sahabat2 sekalian menghubungi saya semula..no saya masih sama.

Thursday, August 6, 2009

KERINGKAN SELESEMA KANAK-KANAK

Baby kalau selesema, hingus akan sentiasa meleleh, kalau selalu sangat kita lapkan hidungnya, melecet pulak...Apa yg saya selalu amalkan ialah dengan tidak menjirus air ke atas kepala semasa mandi pagi, tak kiralah, kalau mandi pagi tu pukul 12 tengahari pun...yg penting mandi yg pertama untuk hari tu. Kalau anak2 saya, lepas hari ke 2 tu, hilanglah hingus melelehnya.

Wajah-wajah baby yg bebas dari hingus meleleh....Najiha first time masuk walker, seronok dia..

Thursday, July 30, 2009

BILA MUSIBAH DATANG MENIMPA

Minggu lepas adalah minggu yg mencbar bagi kami sekeluarga, bermula dengan Nabihah yg mendapat demam, diikuti suami yg tiba2 demam selepas balik dari menganjurkan sukan PASTI. Anak sedara Mira pulak baru aje masuk kerja kat TM Cyberjaya, so dia dengan 2 lagi kawannya berhajat untuk menumpang suami utk gi ke tpt kerja sementara dapat cari rumah sewa, malangnya pd hari Isnin tu suami terpaksa MC, so kami cuma dapat hantar diorang ke tpt kerja baru (bersebelahan dengan tpt kerja suami rupanya) tu..., mereka terpaksa balik sendiri ambik teksi. berbalik pd kisah demam tadi .. Hari Selasa baby pulak deman selepas dapat suntikan, salah saya juga, biasanya selepas cucuk saya akan terus bg ubat demam, so sebelum ni dia tak demampun. Pada hari Rabu saya pulak terpaksa ambik MC...demam jugak, 2 hari pulak tu.. sementara tu suami makin teruk demamnya, macam tak boleh bangun..Fatini pun demam jugak, Lastly tinggal Fahim aje yg maintain, tapi tak pergi sekolah juga, pasalnya takde org yg mampu hantar..

Pasal Mira pulak, nasib baik 2 kawan dia tu boleh bawak kereta, so diorang drive sendiri pergi kerja ke Cyberjaya, kalau tak, tak tau la camana...kesian Mira, ingat boleh tumpang Pak Alangnya, aleh2 kena bergerak sendiri la pulak, dalam pada diorang guna kereta suami untuk gi kerja tu, suami perasan 2 penutup sport rim kereta dah hilang..hmm sape la punya kerja..


So minggu lepas, 2 musibah datang menguji membuat saya bermuhasabah diri,...meneliti diri, apa yg telah saya mungkiri....sayapun tak pasti, yg psti kami jarang kehilangan barang (kecurian) dan tak pernah ditimpa sakit sekeluarga macam ni, minggu ni Fahim pulak yg demam..Inilah ujian Allah, saya redha, semoga Allah ampunkan kami sekeluarga..

Dalam terfikir2 gambar apa yg nak saya letakkan bg catatan ni, terjumpalah gambar lama masa zaman anak 2 dulu...


Kenduri kahwin adik Sue (sekarang dah jadi jutawan Hai-O), bersama dengan sahabat dari Tronoh, Kak Halimah (dah kaya juga dengar khabarnya) dan Kak Zaharah dan juga Kak Jas (Kajang Utama)

Gambar Nabihah dgn Fatini...Fatini really looks like Najiha...

Saturday, July 18, 2009

HILANGKAN BAU KAKI

Caranya dengan sentisa sabunkan keseluruhan tapak kaki, bukan saja hilangkan bau malah kaki pun lebih lembut dan kematu2 kakipun hilang..

buah kaki..(tiada kena mengena dengan kaki yg busuk)

Thursday, July 16, 2009

SAYA SOKONG KERAJAAN..

Alhamdulillah akhirnya PPSMI di mansuhkan, tapi lagi 3 tahun....sebagai seorang guru yg mengajar Sains di Sek. Men., dengarlah luahan hati ini..
Apa yg ramai org tak perasaan ialah apabila Sains diajar dlm BI, kandungan pelajarannya telah dikurangkan kepada yg sgt simple, berbanding dengan Sains dlm BM dulu, kandungannya lebih detail, so budak tingkatan 1-3 sekarang lebih terkebelakang dari segi ilmu sainsnya, berbanding pelajar yg belajar dlm BM dulu. Maka jadilah yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

Walaupun belajar benda yg simple aje, bila exam.. tak dpt jawab, sebab tak faham bahasa, padahal dia tau sesuatu benda tu, tp sebab tak faham, markahnya kosong. Contohnya anak saya yg darjah 1, di atas sebab2 tertentu, saya belum sempat lagi ajar dia baca Inggeris, jadi dia memang kureeng sikit dlm BI. So, kat sini saya sertakan gambar soalan Sains dia masa mid year exam baru ni.




Walaupun jawapannya salah dari segi bahasa, tapi saya berbngga juga, sebab dia ni kira terror jugak dlm BM, pandai pulak dia tambah imbuhan...bukan senang dia nak pikir camana nak cukupkan ruang kosong tu. Kesimpulannya di sini, kalau soalan sains dlm BM, anak saya pasti dapat betul sebab dia tau benda tu nanas, tapi sbb dia tak tau bahasa,..dapat salah....

Bila cikgu sains & maths dipaksa ajar dlm BI, org tak tau,.. ramai cikgu2 yg dah jadi badut kat kelas, mengajar dlm bahasa Inggeris yg tunggang langgang. Pelajar yg menggunakan BI sebagai bahasa pengantar di rumah tersenyum sinis...Ada juga cikgu yg terus tarik diri dr mengajar subjek sains..negara telah kehilangan modal insan...
Lagi satu, perkara paling pelik in the world ialah pelajar tak reti BI, disuruhnya cikgu Sains & Maths yg ajar BI, cikgu BI buat apa selama ni, bertahun2 murid belajar BI di sekolah, sepatah harampun tak reti BI. Yg terror BI tu kebanyakannya sebab latar belakang keluarga yg menitikberatkan BI. Kalau tak caye, tanyalah Wardina Saffiyah (contohnya la )...



Bersama dengan budak yg tak tau eja 'pineapple' (tau nak beli bidaman aje..)

Itu baru sebahagian sebab mengapa saya sokong tindakan pemansuhan PPSMI. Sebab paling utama ialah walau apapun alasannya, Bahasa Melayu perlu dimartabatkan, pada saya BM bukanlah bahasa yg lekeh sangat. BM ni lebih kurang je dgn Bahasa Indonesia, maksudnya ia adalah bahasa yg kedua paling banyak dituturkan selepas bahasa Mandarin (jika diambil kira jumlah penduduk), so apa yg kita nak malukan. Sejak bila pulak bahasa menjadi penghalang kemajuan (rasanya Thailand tu jauh lebih maju dari kita), yg ptg suatu bangsa tu ada jati diri dan rajin berusaha, masalahnya org melayu ni ramai yg bangga mengamalkan budaya org (walaupun budaya org asli red Indian), budaya sendiri rasa macam tak de standard, bukannya dia fikir macamana nak me'standard'kan budaya dia.... Rasanya kalau diteruskan PPSMI, BM akan senasib dengan tulisan jawi, tak de pekdah langsung untuk dipelajari, tapi nak juga diajar di sekolah sebab takut pupus...padahal siapa yg pupuskannya, kita juga...bukannya mereka dan keluarga mereka...

Akhir kata saya tak nafikan kepentingan BI, org yg menguasai BI pasti lebih kehadapan kerana dapat ilmu dengan lebih pantas. Tapi tak de kena mengena pun dengan Maths dan Sains. Nak pandai BI, belajarlah dengan cikgu BI, nak belajar agama belajarlah dgn cikgu agama, jgn pulak kita tukar ke Bahasa Arab untuk belajar agama, kononnya sebab banyak ilmu agama dlm bahasa Arab..akhir kalam, saya memohon maaf jika catatan saya ini mengguris sesiapa, sesungguhnya saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga berbahasa Malaysia. Saya berjanji pada diri saya dan juga negara, akan mendidik anak2 saya agar pandai berbahasa Inggeris, kalau boleh bahasa Arab sekali... InsyaAllah...

Tuesday, July 7, 2009

FRENCH FRIES LEBIH SEDAP

Biasanya bila goreng french fries, ada yg menabur garam ke atas FF sebaik sj selepas digoreng. Ini menyebabkan rasa masinnya tidak sekata.


Apa yg saya buat ialah dengan membubuh sesudu garam ke dalam kuali yg hendak di goreng FF. Apabila FF dimasukkan kacau2lah supaya garam itu sekata. bila sudah masak, angkat dan rasalah keenakannya dengan rasa masin yg lebih sekata.

Thursday, July 2, 2009

SEPANJANG JALAN KENANGAN

Asyik citer pasal Najiha aje...sebenarnya ada banyak aktiviti best yg kami sekeluarga alami sebelum lahirnya Najiha. ...antaranya..





Majlis Pertunangan Su Nor.





Mandi manda di Desa Water Park bersama dengan keluarga Mok Teh


Hari pertama persekolahan bagi Fahim dan hari pertama kakak Nabihah Kak Fatini sebagai pengawas.








Memancing ikan selepas banjir di kg Bendang Pak Yong. (cuti raya cina)


Semua orang happy sebab inilah kali pertama memancing asyik dapat ikan aje.


Tengoklah hasilnya, walaupun ikannya kecik2 aje (kesian ikan tak sempat besar), tapi 'goreng pun sodap'...








Thursday, June 11, 2009

TERKINI IMAN NAJIHA

Cuba teka siapa saya...?
Najiha la...kini dah meniarap.


Dia buat lawak lagiiiii ....dia tak suka kakak yang ambil gambar hehehehe...lawak jer

ROJAK KATEH VS LOMPAT TIKAM

Salah satu sebab kenapa saya selalu rindu kg, ialah sebab nak makan, kat KL ni susah nak cari makanan Trg pure (ataupun mmg tak de?), jadi bila balik kg diet saya mesti lari punya, setiap hari mesti ada je agenda makan. Antara makanan yg 'mesti makan' ialah rojak kateh dan lompat tikam (selain nasi dagang, kerepok lekor (melingkar) juga dikenali di trg sbg keropok getel (gentel) dan keropok gondel (kerana bentuknya kot..), nasi minyak, laksa trg)

Kali ni saya nak perkenalkan sejenis makanan trg yg kerajaan Trg pun lupa nak promosi, iaitu rojak kateh...perkataan kateh ni merujuk pd kaki lembu yg telah diproses menjadi rojak (sound exotic?)..rasanya masam2 pedas..mmm sedap ooo, anak sulung saya pun dah suka dgn makanan ni, untuk dia sorang mesti 2 bungkus baru puas..


ROJAK KATEH YG BERNILAI RM 1.20 (boleh didapati di mana2 gerai yg menjual kuih muih, terutamanya di Pasar Kedai Payang, KT)

Makanan kedua pulak lompat tikam, kuih ni mempunyai sejarah tersendiri dlm hidup saya, masa sekolah2 dulu, mak saya bisnes kuih lompat tikam dan cendol..masa tu boring betul..sbb hari2 nak kena tolong bungkus kuih2 (masa cuti sekolah la), padahal dgn duit ( 10 sen sekeping) jual lompat tikam tulah mak menyara saya sampai jadi cikgu....Kalau dulu muak kena makan lompat tikam hari2, sekarang kuih inilah membuatkan saya nak balik kg selalu...sebab kat KL ni cuma ada lompat tikam kelantan...tak sama...

KUIH LOMPAT TIKAM (TAK TAULAH KAT MANA YG DILOMPATKAN DAN DITIKAMKAN...) BERNILAI RM 1.20, siapa nak, boleh oder...kat kedai... :)

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Ibu 09




Umi dapat kek sempena Hari Ibu...sedap...




Sunday, April 19, 2009

Harijadi

Sambutan harijadi umi yg ke 37 dan Fatini yg ke 8 di secret recipe.




Monday, March 30, 2009

MERASA JUGA AKHIRNYA...

Tanggal 20.2.2007 adalah appointment pertama saya dgn hospital tempat bersalin, ketika itu kandungan baru sj masuk 37 minggu. Memang saya dpt rasakan kali ini saya akan bersalin lebih cepat berbanding anak2 yg terdahulu. Tapi macam tak caya je bila Dr Fatimah bagitau bukaan dah 4 cm, jadi dia tidak benarkan saya balik ke rumah, mesti terus masuk wad. Saya pulak berkali-kali duk tanya doktor "betul ke ni.." sebab rasanya terlalu cepatla pulok...saya sendiri pun tak berasa apa2 contraction, masa tu semua benda saya fikirkan, banyak lagi kerja2 sekolah yg belum sempat di bereskan, barang2 untuk bersalin pun saya belum settlekan.

Dipendekkan citer.. . saya masuk wad lebih kurang pukul 10 pagi, tapi pukul 8 mlm pun saya belum nak bersalin lagi dan saya masih lg releks dan santai...suami tercinta mesti boring duk bertapa kat labour room.... bila doktor check masa tu, didapati tangan baby berada kat atas kepala. Doktor bagi tempoh sampai pukul 11 untuk baby "turunkan" kan tangannya, Dalam pukul 10 contraction semakin hebat, air ketuban pulak dah banyak keluar (sampai perutpun dah kempis), doktor menawarkan epidural pd saya, setelah mendapat jaminan dr doktor bahawa ianya tiada kesan sampingan dan gerenti tak rasa sakit lagi, saya pun setuju untuk mencubanya...bila dah dapat epidural tu ...wah! leganya... tak sakit langsung, tak sabar rasanya nak bersalin tanpa rasa derita contraction...Tapi bila doktor check sekali lagi keadaan baby masih sama..tangannya masih kat atas kepala...so doktor decide saya mesti dibedah, takut tangan baby patah kalau bersalin normal....lagi sekali saya rasa macam tak caya...tp nak buat camana, saya pun pasrahlah...nampaknya merasala juga bersalin melalui ceasarean. Padahal sepanjang mengandung segalanya berjalan lancar, walaupun saya ada terjatuh semasa kandungan 7 bulan.

Akhirnya tepat jam 10.55 malam, lahirlah seorang puteri yg sihat dan comel seberat 3.55kg. Tak tau lagi nak bagi nama apa, sbb tak sempat cari namapun (maklumlah tak berapa ready lagi). Esoknya baru saya dapat bersua dengan ahli baru keluarga Iman.


Wajah terkini Najiha (kepala dah botak)



Najiha buat lawak...ngantuk...


Akhirnya tidur.....

Hari kedua selepas bersalin, saya diminta bangun untuk ke tandas, bila nak bangun aje, aduuiih....sakitnya bahagian kena potong tu, tak sanggup rasanya untuk saya mengingatinya lg, masa ni saya wonder macamana ada orang yg memilih untuk dibedah, padahal sakitnya tuhan saja yg tahu...ataupun mereka tak rasapun macam yg saya rasa ni....?


Walaubagaimanapun sekarang saya dah habis pun pantang...dan saya dapati ok jugak bersalin dengan pembedahan ni, sebab tak perlu bertungku dan berurut.....saya ni teruk sikit dalam bab berpantang2 ni...terutamanya bila tiba masa untuk bertungku. Melalui pembedahan 3, 4 hari pertama memang menyeksakan, nak berdiri pun tak boleh sebab perut yg menggeleber tu menekan bahagian yg di potong, tapi selepas 2 minggu sakitnya dah tak terasa...alhamdulillah sekarang saya rasa sihat semula dan tak sabar rasanya nak keluar jalan-jalan. Selama berpantang ( tak ke mana2) ni, rasanya macam dunia "kehilangan" Halimah sekejap...

Gambar diambil pada Mei 2008 (sebelum pragnant)


Gambar terkini lepas bersalin (18.4.09), baju dan tudung yg sama, tak de camera trick punye, ada perbezaan kan!? Masalahnya sekarang, mampukah diriku mempertahankan berat unggul ini..


Akhirnya, tiada apa yg diinginkan oleh seorang ibu untuk anak yg dilahirkan, selain mengaharapkan Iman Najiha membesar menjadi anak yg solihah dan sihat sentiasa...menambahkan lagi kecerian keluarga Iman...InsyaAllah...


Untuk suami tercinta....."baruku tau nilai cintamu"......terima kasih di atas apa yg abang buat untuk ayang....jaga ayang, jaga anak2 dan bagi macam2 hadiah untuk ayang....I wanna love you forever....

Sunday, March 1, 2009

MEMPERKENALKAN AHLI BARU KELUARGA IMAN

Alhamdulillah shukur kehadrat Allah swt, isteri selamat melahirkan puteri kami yang ke-3 pada tanggal 20-2-2009 jam 10.55malam di hospital Pakar An-nur, Bandar Baru Bangi. Iman Najiha nama diberi....semoga kami sekeluarga bahagia selalu.


Iman Najiha sejurus selepas dilahirkan


Iman Najiha pada usia lebih kurang seminggu bersama Kakak